27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PRN Melaka : Ahmad Zahid pesan pengundi perlu hati-hati

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGUNDI Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diingatkan agar berhati-hati dengan strategi pembunuhan karakter terhadap calon Barisan Nasional.

Pesanan itu disampaikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, strategi itu digunapakai bagi merosakkan nama baik calon BN, yang beliau dakwa sering dilakukan pada pilihan raya umum 2018.

Katanya lagi, usaha tersebut mempunyai tujuan untuk memperdaya rakyat daripada isu-isu mendasar, kepada isu yang menyerang peribadi calon BN.

“BN bercerita tentang mengembalikan kestabilan demi kemakmuran Melaka, mereka pula gigih memperlekeh calon BN. Semoga rakyat Melaka tidak menghiraukan itu lagi kerana yang penting bersama mengembalikan Melaka ke landasan sebenar.

Advertisements

“Kita sudah bosan dengan pendekatan lawan politik BN menghasut rakyat membenci dan memandang hina peribadi.

“Apa yang kita perdebatkan kompetisi ideologi, dasar, kemampuan, keberkesanan mentadbir, kejujuran dan keikhlasan parti,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, BN fokus untuk kembali sebagai sebuah kerajaan demi masa depan rakyat dan negara.

“Justeru misi rakyat Melaka memastikan kemenangan BN dalam PRN kali ini juga merupakan misi seluruh rakyat Malaysia,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan