26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

124 individu dipercayai terlibat kongsi gelap ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PESTA sambutan hari jadi di sebuah pusat karaoke di Pulau Tikus, Pulau Pinang, terbantut selepas premis tersebut diserbu polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan dadah awal pagi tadi.

Seramai 124 individu yang terdiri daripada 99 lelaki dan 25 wanita berusia di antara 15 hingga 70 tahun itu serta termasuk beberapa warga asing ditahan dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais, operasi itu dilakukan pasukan dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

“Pemeriksaan polis mendapati kumpulan berkenaan didapati sedang leka berhibur dengan alunan muzik yang kuat bagi meraikan sambutan hari jadi salah seorang daripada mereka.

“Pemeriksaan juga mendapati 26 daripada mereka disyaki mempunyai tatu ahli kumpulan kongsi gelap.

Advertisements

“Hasil ujian air kencing mendapati 21 daripada mereka positif pelbagai jenis dadah,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook PDRM Pulau Pinang hari ini.

Rahimi berkata, kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke IPD Timur Laut di sini bagi siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan