36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Wanita kantoi pecah rumah dalam Tik Tok, Facebook kena cekup

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

RAKAMAN video yang disebarkan dalam media sosial Facebook dan Tik Tok mengenai kejadian pecah rumah dan curi dalam bangunan membabitkan seorang wanita di Alor Setar, Kedah, membawa kepada penangkapan wanita berkenaan.

Polis mengesan satu hantaran melalui media sosial berkaitan seorang wanita yang disyaki memecah masuk sebuah kereta di pusat bandar.

Bagaimanapun pihak polis sedang mengesan pemilik kereta dalam media sosial berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, berdasarkan kes itu juga, pihaknya melakukan tangkapan terhadap suspek jam 1.30 tengah hari semalam dan mendapati wanita itu disyaki terbabit dengan kes pecah rumah dan curi dalam bangunan.

Beliau berkata, siasatan mendapati, pada 1 November lalu iaitu jam 11.49 pagi, Balai Polis Alor Setar menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan kes seorang wanita yang mencuri telefon bimbit dan wang tunai miliknya serta isteri bernilai RM4,000 di Taman Teratai Jingga, di Alor Setar, Kedah.

“Susulan daripada itu, suspek ditahan pada jam 1.30 tengah hari semalam berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Pegawai.

“Pada 2.43 petang semalam, kita turut menerima laporan polis daripada seorang lelaki berkaitan kes wanita yang mencuri beg silang yang mengandungi pas ID kerja (Kementerian Kesihatan Malaysia), tanda nama, pengecas telefon bimbit, pengecas jam tangan dan ubat-ubatan di klinik pergigian dalam bangunan di sebuah pasar raya di bandar ini, ” katanya, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, wanita itu ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes yang dilaporkan sebelum ini.

Bagaimanapun menurutnya, tiada rampasan barang kes, setakat ini.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan