30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Peratusan tiada vaksinasi catat penurunan – COVIDNOW

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERATUS populasi keseluruhan di Malaysia tiada vaksinasi menunjukkan penurunan sebanyak 0.1 peratus dengan 21.8 peratus dilaporkan berbanding 21.9 peratus sebelum ini, berdasarkan data yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW setakat semalam.

Menerusi data tersebut juga, sekurang-kurangnya 78.2 peratus atau 3,068 suntikan dos pertama telah diberikan sementara 75.2 peratus atau 13,110 telah lengkap vaksinasi.

Ini sekaligus menjadikan 24,552,038 atau 75.2 peratus populasi keseluruhan di negara ini lengkap vaksinasi, setakat semalam.

Sementara itu, sebanyak 21,849 dos penggalak vaksin COVID-19 diberikan kepada kumpulan sasar, semalam, menjadikan jumlah kumulatifnya kini mencecah 506,236 dos.

Dalam pada itu, data tersebut juga menjelaskan sebanyak 38,027 suntikan vaksin diberikan, semalam, yang membawa kepada jumlah kumulatif 50,402,399 dos.

Berkaitan kes harian COVID-19 pula, kes aktif terus menunjukkan trend penurunan dengan sebanyak 882 kes dilaporkan.

Angka tersebut, menjadikan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 64,623 kes.

Dalam pada itu, sejumlah 50,933 kes kuarantin di rumah dilaporkan, di samping 8,130 kes di PKRC.

Sementara, terdapat 5,006 kes di hospital, 282 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 272 di ICU dengan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan pertambahan kes dengan 5,190 menjadikan jumlah kumulatif terkini sebanyak 2,412, 395 kes. -Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan