26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Cuti perayaan punca kes COVID-19 di Kelantan meningkat – MB

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUTI hujung minggu lalu sempena perayaan Deepavali dipercayai menjadi punca peningkatan jangkitan kes positif COVID-19 di Kelantan, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata, berdasarkan pemerhatiannya, mendapati kes akan meningkat setiap kali musim perayaan.

“Saya perhatikan apabila selepas sahaja perayaan, angka naik.

“Kita nasihatkan satu cara, sebab semua dah dapat suntikan vaksin, yang penting jaga prosedur operasi standard (SOP), kalau kita lemah atau tidak ikut SOP akan berlaku peningkatan kes,” katanya pada sidang akhbar di Kota Bharu, hari ini, lapor Sinar Harian.

Sehubungan dengan keadaan itu, Ahmad berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara esok bagi mengetahui punca sebenar peningkatan kes COVID-19 di negeri tersebut.

“Saya akan bermesyuarat pada esok untuk mendengar laporan-laporan terkini apakah sebenarnya punca Kelantan dapat nombor satu kes tertinggi semalam (Isnin),” katanya.

Sebelum ini, Kelantan merekodkan penularan COVID-19 tertinggi di negara ini dengan 820 kes pada Isnin.

Peningkatan itu melebihi dua kali ganda kes berbanding hari sebelumnya iaitu 376 kes. – Edisi 9


Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan