29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 9, 2023

Pemandu ‘samseng’ sepak penunggang motosikal diburu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang dilihat bertindak kasar terhadap penunggang motosikal di jalan raya berhampiran Bandar Teknologi, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima video berdurasi 58 saat yang memaparkan lelaki berkenaan bertindak seperti samseng jalanan terhadap mangsa.

Menurutnya, kejadian berkenaan telah dirakam oleh pengguna jalan raya yang berada di lokasi kejadian.

“Daripada rakaman tersebut, polis percaya ia berlaku di kawasan jalan raya lampu isyarat Bandar Teknologi Kajang berdasarkan kenyataan daripada perakam video tersebut.

“Bagaimanapun, semakan oleh pihak polis mendapati tidak ada sebarang laporan polis dibuat berhubung kejadian ini oleh mana-mana pihak atau individu.

“Satu laporan polis maklumat pertama (FIR) telah dibuat oleh pihak polis untuk satu siasatan dijalankan bagi mengesan si pelaku dan mangsa dalam kes ini,”  katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Cemburu antara motif wanita hamil ditembak - Polis

Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan ke atas mangsa dan ugutan yang mendatangkan ketakutan atau kegusaran kepada mangsa.

“Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya tampil membantu pihak polis dengan menyalurkan maklumat agar si pelaku dibawa ke muka pengadilan.

“Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan atau kepada pegawai penyiasat kes iaitu Insp Mohd Ali Bin Hamzah di talian 019-866 0324,” katanya.

Baca juga:   Sindiket jual kad ATM RM2,500 sekeping kepada scammer

-EDISI9

Wartawan

Terkini

RoS beri UMNO tempoh 60 hari buat penjelasan

JABATAN Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memberi tempoh masa selama 60 hari kepada UMNO untuk memberi penjelasan terperinci berkenaan isu...

Lagi Artikel Berkaitan