26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Lima negeri beralih Fasa Empat mulai Isnin ini – Hishammuddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LIMA negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah yang kini berada di Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan beralih ke Fasa Empat berkuat kuasa 8 November ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan peralihan fasa itu dipersetujui Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, hari ini selepas mengambil kira penilaian risiko semasa.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa Empat adalah sama dengan sebelum ini.

“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman web rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dengan peralihan fasa bagi lima negeri berkenaan, hanya dua negeri lagi masih berada di Fasa Tiga iaitu Kelantan dan Sarawak.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, bermula minggu depan, semua pengembara yang tiba di negara ini perlu menjalani kuarantin di stesen kuarantin swasta, berbanding di stesen kuarantin hotel ketika ini.

Baca juga:   Warisan heret ADUN Kukusan ke mahkamah

Menurutnya, pengurusan stesen kuarantin itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pembukaan, Pengoperasian dan Pemantauan Stesen Kuarantin Swasta yang disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan akan bermula tujuh hari selepas diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, hari ini.

“Kutipan kos operasi COVID-19 berjumlah RM2,600 bagi setiap pengembara bukan warganegara dimansuhkan, manakala caj bagi stesen kuarantin masih berkuat kuasa.

Baca juga:   Boleh anjur acara langsung, jumlah penonton terhad

“Caj yang dikenakan stesen kuarantin swasta adalah pada kadar yang sama (pakej standard) seperti sebelum ini, yang berkuat kuasa pada 15 November 2021.

“Selain itu, kos kuarantin bagi tujuh kumpulan warganegara Malaysia yang dikecualikan bayaran caj kuarantin ditanggung kerajaan,” katanya.

Selain itu menurut beliau, ujian ulangan saringan COVID-19 akan diselaraskan KKM menerusi Jabatan Kesihatan Negeri/Daerah yang berkaitan.

Pada masa sama, beliau meminta semua kelonggaran yang diberikan kerajaan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

“Pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Apa yang paling penting, dalam membantu usaha kerajaan #ReopeningSafely, semua pihak amat digalakkan untuk mengamalkan TRIIS (uji, lapor, pengasingan, maklumkan, dapatkan) demi keselamatan diri, ahli keluarga dan orang sekeliling,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Laluan alternatif sejauh 64 km elak Terowong Menora akan dibina

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan