25.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

‘Berdarah hidung’ kalau datang ke Pulau Bohey Dulang

Merupakan pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah

Mesti Baca

SEMPORNA di Sabah sememangnya sudah terkenal dengan keindahan alam dengan lautan membiru dan jernih sehingga menjadi tumpuan dalam dan luar negara.

Salah satu tarikan di Semporna ialah Pulau Bohey Dulang yang merupakan pulau terbesar daripada lapan kepulauan yang ada di Taman Marin Tun Sakaran.

Mengikut sejarah, Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun lalu.

Bohey Dulang (Bajau) membawa maksud ‘air dulang’ kerana bentuk pulau ini yang melengkung sehingga berbentuk seakan-akan dulang.

Jarak pulau ini dengan pekan Semporna adalah kira-kira 30 minit perjalanan menaiki bot penumpang.

Pulau Bohey Dulang tidak mempunyai tempat penginapan namun orang ramai boleh berkunjung ke sini dalam sehari menaiki bot dari Semporna.

AKTIVITI DI PULAU BOHEY DULANG

  • Mendaki Bukit Bohey Dulang

Di pulau ini terdapat sebuah bukit setinggi 600 meter dari laut dan sering menjadi tumpuan para penggemar aktiviti lasak ‘hiking’ kerana laluan untuk kepuncak bukit ini curam dan mencabar.

Walaupun sudah disediakan dengan laluan berbentuk tangga namun mereka yang menyelusuri denai dan mendaki tangga ke puncak Bukit Bohey Dulang perlu mempunyai persiapan dari segi fizikal dan mental.

Sekiranya anda berjaya tiba di puncak bukit, sudah pasti segala lelah dan keletihan akan hilang apabila dapat melihat keindahan alam yang ada di pulau ini.

Advertisements

Dari puncak bukit inilah anda boleh melihat keadaan pulau ini yang berbentuk dulang.

Bukit Bohey Dulang yang mempunyai ketinggai 600 meter dari aras laut merupakan puncak tertinggi di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah.
  • Pusat Pembenihan Kima Gergasi

Di sini terdapat sebuah pusat pembenihan kima atau kerang gergasi yang diwujudkan bagi memelihara hidupan laut itu daripada kepupusan.

Selain kima, terdapat juga beberapa speasis hidupan laut lain yang dipamerkan antaranya tapak sulaiman, gamat, terumbu karang dan lain-lain.

Menariknya, anda dibenar untuk menyentuh dan merasai sendiri bagaimana rupa dan keadaan hidupan laut tersebut.

Kima atau kerang gergasi banyak ditemukan di kawasan perairan Sabah. – Sumber: BHarian
  • Berenang dan Menyelam

Jika ke Semporan adalah tidak sah jika tidak berenang (snokerling) dan menyelam di dasar laut yang jernih dan dipenuhi terumbu karang yang pelbagai bentuk dan warna. Begitu juga keadaannya di Pulau Bohey Dulang.

Pulau ini juga kaya dengan landak laut serta pelbagai speasis hidupan laut. Jika ada berenang dan menyelam di kawasan ini, sudah pasti pelbagai spesis hidupan laut dapat dilihat dan ‘bermain’ dengan mereka.

Snokerling adalah aktiviti wajib jika ke Bohey Dulang. – Sumber: www.njoyborneotours.com
  • Keselamatan

Pulau Bohey Dulang selamat dikunjungi kerana ia dikawal ketat oleh pasukan keselamatan negara. Sebab itulah jika mahu berkunjung ke sini, orang ramai perlu mendapatkan permit terlebih dahulu serta dikehendaki melalui beberapa prosedur keselamatan.

Jadi, dengan kebenaran merentas negeri termasuk ke Sabah ini, mungkin inilah masanya anda merancang pakej-pakej yang sesuai untuk ke Pulau Bohey Dulang yang terletak dalam Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah ini.

Tunggu apa lagi, marilah melancong! – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan