31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Harga telur ayam naik sehingga 90 sen di Perak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HARGA telur ayam di negeri Perak naik sehingga 90 sen bagi setiap gred untuk kuantiti sepapan atau 30 biji, sejak awal Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, kenaikan tiga sen sebiji meliputi ketiga-tiga gred telur iaitu A, B dan C.

“Bagi harga runcit telur gred A, ia naik daripada 44 sebiji kepada 47 sen, gred B daripada 42 sen kepada 45 sen dan gred C daripada 40 sen kepada 43 sen.

Advertisements

“Kenaikan berlaku di peringkat pengeluar telur yang terpaksa menaikkan harga kerana terdapat kenaikan kos harga makanan ayam di pasaran dunia masa kini,” katanya pada kenyataan hari ini.

Menurut beliau, 176 penguat kuasa serta 79 Pegawai Pemantau Harga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak melakukan pemantauan bekalan dan harga secara berkala ke atas peniaga runcit, pemborong dan 11 syarikat pengeluar telur ayam utama di Perak.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan