31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kenaikan kos haji sehingga 139% berdasarkan komponen utama

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KENAIKAN kos menunaikan haji bagi seorang jemaah sehingga 139 peratus sejak 2001 sehingga 2019 adalah berdasarkan beberapa komponen utama.

Menerusi perkongsian di laman rasmi Facebooknya, Tabung Haji (TH) memaklumkan, antaranya kos penginapan di Mekah dan Madinah, penerbangan pergi serta balik.

“Selain itu, peningkatan itu turut melibatkan kos pengangkutan bas, perkhidmatan Mutawif, perkhemahan di Arafah dan Mina, sajian makan setiap hari di Mekah serta Madinah.

“Pada tahun 2001, kos menunaikan haji adalah kira-kira RM9,578 dan telah meningkat 139 peratus sehingga tahun 2019 menjadi kos tersebut sebanyak RM22,900,” kata TH.

Advertisements

Menurut TH, kenaikan kos tersebut melibatkan beberapa faktor antaranya kadar inflasi dan sara hidup di Arab Saudi serta pergerakan mata wang asing.

“Pengenalan caj dan cukai baharu di Arab Saudi, penambahbaikan kualiti perkhidmatan serta kemudahan turut menyumbang kenaikan kos berkenaan.

“Selain itu, pembangunan di Mekah dan Madinah juga turut menyebabkan kenaikan kos berkenaan,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan