31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Subsidi telur ayam sehingga Jun, libat kos RM1.28 bilion

Langkah ini diambil demi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi telur ayam sehingga Jun 2023 dengan melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.

KPKM menerusi kenyataan yang dikeluarkan berkata, langkah itu diambil demi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil, sementara kajian mengenai mekanisme dan dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat.

“Keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada 17 Februari 2023,” katanya.

Dalam pada itu, KPKM berkata, inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar merupakan langkah sementara bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil dan tidak terputus.

Advertisements

“Keperluan untuk membawa masuk telur ayam dari luar negara juga akan dikaji semula setelah
bekalan telur ayam kembali stabil,” katanya.

Jelas KPKM, pihaknya sentiasa memantau keperluan bekalan telur ayam dalam pasaran di samping terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam dalam negara stabil seperti sediakala.

“KPKM akan terus komited untuk bekerjasama dengan semua pemegang taruh bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan.

“Pada masa yang sama dapat memastikan kehidupan rakyat tidak terbeban,”katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan