Thursday, July 23, 2026

Jumlah PPV tawar Sinovac pilihan dos penggalak ditambah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang boleh menawarkan vaksin jenis Sinovac untuk pemberian dos penggalak akan ditambah secara berfasa.

ProtectHealth Corporation berkata, ini kerana PPV yang menawarkan Sinovac sebagai pilihan dos penggalak adalah terhad ketika ini.

Katanya, kebanyakan PPV terlibat pada masa ini hanya menawarkan vaksin jenis Pfizer.

“ProtectHealth juga mengambil kesempatan ini untuk menekankan bahawa Jawatankuasa Kerja Teknikal di bawah CITF-B masih mengesyorkan vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca sebagai dos penggalak,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, ProtectHealth melalui Pengamal Perubatan Swasta (PPS) akan terus membantu dan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dos penggalak. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan