26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 26, 2022

Ahli Parlimen belum terima dos penggalak diberi esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen yang belum menerima dos penggalak vaksin Covid-19 akan diberikan esok untuk sesi ketiga di klinik Parlimen.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, pemberian vaksin itu akan bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Ahli-ahli Yang Berhormat boleh menghubungi Datuk Dr Murugesu Raju di klinik Parlimen untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat janji temu bagi penerimaan dos penggalak tersebut,“ katanya dalam pemakluman sebelum sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemberian dos penggalak kepada Ahli Parlimen pada 2 dan 11 November lepas.

Pemberian dos penggalak bermula di seluruh negara 13 Okt lepas untuk individu yang mendapat dos lengkap vaksin bagi memastikan imuniti yang diterima selepas dos lengkap dapat dikekalkan bagi tempoh optimum khususnya terhadap jangkitan varian Delta. – Edisi 9

Baca juga:   Tempah janji temu dos penggalak di MySejahtera


Terkini

Tak pelik bukan PH diumum musuh utama PN – Zahid

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin, Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan