25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

6 daerah jadi penyumbang peningkatan kes baharu COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM daerah menjadi penyumbang peningkatan kes baharu harian Covid-19 di Sabah walaupun trend perubahan angka kes bagi setiap daerah tidak statik.

Enam daerah terbabit adalah Kota Kinabalu yang mencatatkan 95 kes, Kota Belud (68); Tuaran (53); Beaufort (52); Ranau (49) dan Kota Marudu (40).

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, walaupun berlaku peningkatan kes harian di Sabah, jumlah daerah yang mencatatkan penurunan adalah lebih banyak iaitu sebanyak 13 daerah berbanding dengan daerah yang mencatat peningkatan kes baharu sebanyak 10 daerah.

“13 daerah tersebut membabitkan Tenom (17); Sandakan (8); Pitas (5); Penampang (28); Papar (20); Tambunan (25); Tongod (0); Tawau (14); Sipitang (12); Keningau (16); Lahad Datu (12); Telupid (2) dan Semporna (1).

“Empat daerah lagi kekal sebagaimana kes yang dicatatkan semalam iaitu Tuaran (53); Kunak (2); Nabawan (1) dan Kalabakan (0),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, semalam.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai perkembangan Covid-19 di Sabah, Masidi berkata jumlah kes spardik atau daripada saringan bergejala kekal tinggi iaitu 39.8 peratus atau 243 kes selepas kes daripada saringan kontak rapat yang mencatatkan 53.68 peratus (328 kes).

Advertisements

Dalam pada itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II negeri berkata jumlah kes harian Covid-19 hari ini kekal mencatatkan kes tiga angka.

“Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini (semalam) adalah sebanyak 611 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 224,421 kes.

“Sebanyak 10 kes kematian dilaporkan pada hari ini (semalam) iaitu tiga kes di Tawau, dua kes di Tambunan manakala masing-masing satu kes di Keningau, Kota Belud, Kota Kinabalu, Nabawan dan Sandakan.

“Bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 464 menjadikan jumlah kumulatif 213,584 orang.

“Manakala 1,730 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 699 orang di hospital, 1,001 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 28 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dan dua orang di fasiliti swasta,” katanya.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan