25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

4,239 kes harian COVID-19; 3 kluster baharu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 4,239 kes Covid-19 dilaporkan di seluruh negara, menurun berbanding semalam, 5,097 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu bermakna jumlah kumulatif kes Covid-19 negara adalah 2,623,816 kes.

Beliau berkata, daripada kes harian tersebut, sebanyak 12 kes adalah kes import yang membabitkan tujuh warganegara dan lima bukan warganegara.

“Manakala, penularan tempatan sebanyak 4,227 kes melibatkan seramain4,065 warganegara (96.2 peratus)dan 162 bukan warganegara (3.8 peratus).

“Terdapat 73 kes hari ini (1.7 peratus) adalah kategori 3, 4, 5; dan 4,166 kes (98.3 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkara, kes sembuh pula merekodkan sebanyak 5,007 kes sekaligus menjadikan sebanyak 2,527,052 kes kumulatif atau 96.3 peratus.

Advertisements

“Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) merekodkan sebanyak 511 kes (418 kes disahkan COVID-19 ; 93 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan sebanyak 261 kes (173 kes disahkan COVID-19 ; 88 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan),” katanya.

Dalam pada itu, katanya, tiga kluster baharu dilaporkan hari ini menjadikan kluster aktif kini mencecah sebanyak 228 kluster.-Edisi 9




Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan