31.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 23, 2022

Segerakan dos penggalak kepada jemaah umrah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN diminta memberi keutamaan pemberian dos penggalak kepada semua bakal jemaah umrah melibatkan jenis yang diperakui untuk tujuan ibadah tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali berkata, ini kerana pemain industri kini sudah mula menerima permintaan daripada bakal jemaah untuk mengerjakan umrah sejak kebenaran diberikan 18 Oktober lalu.

Bagaimanapun menurutnya, ramai golongan penerima vaksin jenis Sinovac tidak dapat meneruskan tempahan kerana masih tiada saluran untuk mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin jenis lain.

“Kami banyak menerima pertanyaan daripada bakal jemaah umrah di bawah umur 60 tahun yang bertanya tentang kelayakan mereka untuk mendapatkan suntikan dos penggalak.

“Banyak penerima Sinovac yang tertunggu-tunggu kerana tidak dapat tentukan tarikh tempahan,” katanya pada sidang media Majlis Menandatangani MoU antara TH Travel & Services Sdn Bhd dan TheNoor Apps di Hotel TH hari ini.

Baca juga:   Malaysia sambut baik keputusan Riyadh benar umrah 10 hari

Menurutnya, meskipun kerajaan mengumumkan kesediaan pemberian dos penggalak yang diperlukan oleh bakal jemaah haji dan umrah, kerajaan juga boleh mempertimbangkan pilihan lain.

-EDISI9

Terkini

Najib nafi kerajaan bakal berbelanja bilion bantu Sapura

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan bakal membelanjakan berbilion ringgit untuk melaksanakan cadangannya berkenaan penyelamatan...

Lagi Artikel Berkaitan