26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

Tiba masa UMNO, BN abai golongan ‘opportunist’, ‘warlord’

Buka peluang kepada anak muda yang berpotensi kerana mereka akan membawa naratif baharu, demi survival parti

Mesti Baca

SUDAH tiba masanya bagi UMNO untuk membawa perubahan dengan memperkenalkan calon-calon muda dalam menghadapi pilihan raya sesuai dengan landskap politik baharu masa kini.

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, parti itu tidak perlu lagi melayani kehendak golongan opportunist dan warlord yang sanggup mengorbankan peluang anak-anak muda berpotensi semata-mata mereka mahu menjadi calon.

“Saya tidak menolak calon lama yang lebih berpengalaman, kita perlukan kedua-duanya supaya parti dan kerajaan dapat bergerak dengan seimbang dan kompeten.

“Walaupun sukar untuk dilaksanakan kerana pasti akan ada golongan opportunist dan warlord yang mahu menjadi calon manakala anak muda yang berpotensi akan dipinggirkan atau dicantas.

“Budaya ini perlu kita ubah demi survival parti UMNO,” katanya menerusi hantaran dalam Facebooknya hari ini.

Baca juga:   Nilai eksport produk kayu bumiputera bawah 1 peratus
NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS

Semasa melancarkan jentera BN bagi PRN Melaka malam tadi, Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan akan mengemukakan calon-calon baharu UMNO yang boleh memberi kemenangan selain diterima dan disukai para pengundi.

Beliau berkata, calon-calon yang akan dipilih nanti perlu mempunyai ciri-ciri tersebut manakala pemilihan akan dibuat oleh tiga pucuk pimpinan tertinggi parti.

Serentak dengan itu, beliau juga menggesa parti-parti komponen BN iaitu MCA dan MIC mengambil langkah serupa bagi memastikan kemenangan parti itu dalam PRN Melaka.

Najmil berkata, PRN Melaka adalah ujian bagi UMNO sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang yang pasti lebih mencabar dan getir.

Baca juga:   Saya bukan Pengarah PRN Melaka bagi BN - Najib

“Jika tiga penjuru sekali pun, kita pasti menang jika calon kita itu disukai rakyat, berkredibiliti, bersih, dinamik dan progresif.

“Saya yakin Presiden UMNO, kepimpinan tertinggi di peringkat negeri dan juga bahagian mempunyai kebijaksanaan dalam mencatur strategi demi survival parti dan kesejahteraan rakyat.

“Kita sebagai ahli parti, jagalah rumah kita ini. Bantulah ketua kita dan menangkan calon kita. Insya-Allah,” katanya.

BN telah membuat ketetapan untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti lain mengharungi PRN Melaka manakala Perikatan Nasional (PN) juga telah mengumumkan akan bertanding kesemua 28 kerusi.

Justeru, pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru di Melaka seolah-olah tidak dapat dielakkan yang mana Pakatan Harapan (PH) juga sudah pasti berusaha untuk memenangi hati pengundi. – Edisi 9

Baca juga:   UMNO Pengerang berdiri teguh bersama Presiden - Azalina

Terkini

Kanak-kanak 5 tahun maut, bapa, kakak parah nahas 2 kenderaan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kejadian kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing,...

Lagi Artikel Berkaitan