25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

SPR akan kenakan SOP ketat PRN Melaka

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti syarat vaksinasi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan Utusan Online, Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap pengundi yang didapati melanggar SOP berkenaan.

Justeru, beliau menyeru para pengundi menyegerakan proses vaksinasi, memandangkan masih mempunyai tempoh masa yang mencukupi.

“SOP di pusat mengundi memang ketat seperti syarat vaksin, memakai pelitup muka dan penjarakan sosial.

“Kita juga sudah maklumkan diperingkat urus setia dan petugas bahawa tiada tolak ansur terhadap pelanggaran SOP.

“Kalau boleh para pengundi jangan turun beramai-ramai pada waktu pagi kerana masih ada banyak masa untuk membuang undi,” katanya dalam sidang media di Banda Hilir, Melaka hari ini.-Edisi 9

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan