30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Perbanyakkan selawat, moga terlindung dari wabak COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam perbanyakan selawat kepada Baginda SAW rasul junjungan besar sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini.

“Tanamkan diri setiap daripada kita rasa cinta dan kasih kepada Baginda SAW, teladilah amalan-amalan Baginda SAW, dan insafi perjuangan dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan syiar Islam. Sesungguhnya Islam itu Ad-din.

“Marilah kita jadikan selawat kepada Baginda, Nabi Muhammad SAW sebagai amalan harian, mudah-mudahan kita terlindung dari segala keburukan di dunia termasuk daripada wabak COVID-19, diberikan syafaat oleh Baginda SAW di akhirat kelak.

“Semoga kita terus diberikan kekuatan berjuang perangi COVID-19, mudah-mudahan segala amal ibadah kita diterima ALLAH SWT.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Beliau berkata demikian menerusi perkongsian video di laman Facebook di sini. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan