31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Operasi penguatkuasaan larangan merokok diperketat – Khairy

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan terus melakukan operasi dari semasa ke semasa berhubung penguatkuasa lebih ketat terhadap larangan merokok di tempat awam.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sejak Januari lalu sehingga 24 Oktober, sebanyak 3,419 notis kesalahan di tempat makan melibatkan perokok dan pemilik premis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Menurutnya, KKM memberi jaminan bahawa lebih banyak operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan selepas ini di seluruh negara agar pematuhan terhadap undang-undang merokok di tempat awam sentiasa dipatuhi.

“Di sini saya juga ingin berkongsikan beberapa gambar aktiviti penguatkuasaan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kepong di Wilayah Persekutuan pada 23 Oktober lalu dan PKD Johor Bahru di Johor, semalam.

“Untuk operasi di sekitar Kepong Sabtu lalu, sebanyak 20 notis kesalahan dikeluarkan membabitkan 15 kesalahan merokok di tempat makan dan lima ke atas pemilik kedai yang gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan memastikan tiada orang merokok di premis masing-masing,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Khairy berkata, bagi operasi di Johor Bahru semalam pula, sebanyak 30 notis kesalahan telah dikeluarkan di bawah Seksyen 32B melibatkan 23 kesalahan merokok di tempat makan dan tiga kesalahan dikenakan ke atas pemilik.

Selain itu menurutnya, sebanyak empat notis kesalahan juga telah dikeluarkan bagi kesalahan merokok di tempat-tempat lain.

“Saya menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan larangan merokok di tempat awam bukan sahaja demi keselesaan bersama, tetapi lebih penting demi kesejahteraan dan kesihatan semua pihak,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan