25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Malaysia dipilih kaji vaksin Sinovac kanak-kanak bawah 12 tahun

Kajian membabitkan 10 lokasi iaitu fasiliti KKM, Universiti Malaya dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang bakal dimulakan hujung bulan ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA terpilih bagi menjalankan kajian klinikal Fasa 3 vaksin COVID-19 Sinovac keluaran syarikat China dengan sasaran kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kajian yang membabitkan 10 lokasi itu merangkumi lapan fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan bakal dimulakan hujung bulan ini.

Beliau memberitahu, kajian itu akan diselaraskan oleh Kajian Klinikal Malaysia (CRM) dengan penglibatan Institut Penyelidikan Klinikal.

“Beberapa sesi perbincangan telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 untuk mendapatkan status semasa dan data berkaitan keberkesanan serta keselamatan penggunaan vaksin bagi golongan kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun.

Baca juga:   829 mangsa pemerdagangan orang diselamatkan - Bukit Aman

“Walaupun masih belum menerima data yang diperlukan daripada syarikat-syarikat pengeluar vaksin COVID-19 setakat ini, Jawatankuasa Pemilihan Calon Vaksin (JKPCV), KKM sedang meneliti keberkesanan dan keselamatan vaksin ke atas populasi tersebut berdasarkan bukti- bukti saintifik melalui kajian klinikal atau Real World Data,” katanya di Dewan Rakyat hari ini, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) mengenai kesesuaian dan keberkesanan penggunaan vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.

Mengulas lanjut, Aaron Ago memaklumkan beberapa kajian klinikal sedang dan telah dijalankan di peringkat global.

“Pada 20 September 2021 pihak Pfizer-BioNTech mengeluarkan hasil dapatan kajian klinikal Fasa 3 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Baca juga:   47 lagi kes varian baharu dikesan IMR - Dr Noor Hisham

“Vaksin didapati selamat, ditoleransi dengan baik dan menunjukkan tindak balas antibodi peneutralan yang kuat. Seterusnya berdasarkan kenyataan media pihak Pfizer and BionTech pada 15 Oktober 2021, data kajian klinikal tersebut telah dikemukakan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat dan European Medicines Agency (EMA),” jelasnya.

Selain itu katanya, China telah meluluskan dua vaksin COVID-19 yang dihasilkan Sinovac Biotech Ltd. dan Sinopharm untuk penggunaan kecemasan untuk mereka berusia tiga hingga 17 tahun.

Menurutnya, kajian klinikal Fasa 1 dan 2 yang dijalankan oleh mereka mendapati vaksin tersebut selamat dan mampu merangsang tindak balas imun yang kuat di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Baca juga:   Saya tak berminat nak cari no. 2 - Tengku Zafrul

-EDISI9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan