22.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 19, 2025

Beberapa laporan polis dibuat KKM terhadap kumpulan antivaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat beberapa laporan terhadap kumpulan antivaksin yang sengaja menyebarkan berita palsu dan mengancam kesihatan awam.

Sehubungan dengan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menggesa pihak berkuasa agar menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka terbabit.

Beliau berkata, beberapa kumpulan antivaksin dilihat masih berterusan menyebarkan berita palsu berkaitan vaksin COVID-19 hingga mengancam kesihatan awam.

“KKM sudah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan antivaksin. Kami harap tindakan susulan, siasatan, pendakwaan dan lain-lain dapat disegerakan.

Advertisements

“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan menjengkelkan,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Beliau membalas ciapan pakar perubatan keluarga KKM, Dr Sakinah Sulong yang mempersoalkan sama ada kumpulan antivaksin di negara ini kebal daripada tindakan pihak berkuasa berikutan masih bebas menyebarkan dakwaan dan berita palsu.

Dr Sakinah memuat naik tangkap layar dipercayai oleh kumpulan antivaksin di Telegram, yang antara lain mendakwa ada remaja yang disuntik vaksin COVID-19 mendapat kesan sampingan teruk dan meninggal dunia. – Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Terbuka India: Izzuddin-Sze Fei wakil tunggal Malaysia ke ‘final’

AKHIRNYA kem badminton negara boleh melakar senyuman di Kompleks Sukan Indra Gandhi, New Delhi apabila Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze...

Lagi Artikel Berkaitan