28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Ketua Bersatu Putrajaya keluar parti, sertai semula UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Ketua Bersatu Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir bersama 120 orang lagi penyokongnya telah meninggalkan parti itu dan kembali menyokong UMNO.

Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya telah menerima permohonan Erwan bersama 120 orang lain untuk kembali ke pangkuan UMNO.

Menurutnya, keputusan tersebut dibuat Erwan selepas melihat hanya UMNO yang mampu menamatkan polemik politik yang menggugat kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi semasa pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah. UMNO jadi pilihan dan tetap relevan. Hari ini UMNO Bahagian Putrajaya menerima permohonan bekas Ketua PPBM Putrajaya Datuk Seri Dr Erwan Mohd Tahir bersama 120 orang untuk menyertai UMNO.

“Katanya (Erwan) keputusan itu dibuat kerana beliau yakin dan percaya bahawa hanya UMNO sahaja yang dapat memartabat dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, Perlembagaan Malaysia dan Raja-Raja Melayu seperti mana yang dinyatakan di dalam asas dan tujuan penubuhan UMNO dan juga setelah mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara,” kongsinya di Facebook beliau hari ini.

Tengku Adnan turut meluahkan keyakinan lebih ramai lagi akan kembali kepada UMNO.

“Saya percaya, ramai lagi yang akan kembali bersama dalam landasan perjuangan UMNO selepas ini, Insya-Allah,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Siti Hajar, pendiam tapi aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

BERBEZA dengan mahasiswa lain yang aktif di kampus, gadis ini sering dianggap pendiam, walaupun banyak menyertai malah turut berpeluang...

Lagi Artikel Berkaitan