30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

‘Scammer’ guna taktik baharu, menyamar jadi majikan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan modus operandi baharu scammer yang melakukan penipuan menggunakan aplikasi WhatsApp untuk memperdaya mangsa melalui kaedah penyamaran sebagai majikan.

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, berdasarkan siasatan, suspek akan menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai majikan.

Menurutnya, gambar profil yang digunakan oleh suspek adalah mirip atau sama dengan gambar majikan kepada mangsa.

“Mangsa yang percaya kemudiannya akan diarahkan untuk membuat pembelian kad ‘Google Play Gift’ yang boleh dibeli di kedai serbaneka dan menyerahkan maklumat nombor pin kad tersebut kepada suspek,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, mangsa hanya menyedari telah ditipu selepas mendapati nombor telefon yang digunakan adalah berbeza dengan nombor sebenar milik majikannya.

Advertisements

Menurutnya, setakat ini sebanyak dua kes penipuan sebegini telah dikesan melibatkan kerugian RM30,250.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berhati-hati apabila menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp atau panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

“Malah, kita harap orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan gambar profil semata-mata sebaliknya perlu membuat semakan dan pengesahan terutamanya terhadap mesej yang melibatkan implikasi kewangan,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan