24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Kes sembuh bertambah, 10,959 kes semalam

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes sembuh negara mencatatkan pertambahan dengan sejumlah 10,959 kes sembuh dilaporkan berdasarkan data dari laman web COVIDNOW.

Secara keseluruhan, jumlah kumulatif kes sembuh dicatatkan sebanyak 2,195,669.

Angka kes sembuh tersebut sekaligus melebihi kes harian negara yang dicatatkan iaitu sebanyak 7,373 kes semalam.

Sementara, sebanyak 64 kes kematian dilaporkan dan jumlah itu menjadikan kes kematian COVID -19 sebanyak 27,329 kes manakala, sebanyak 14 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Advertisements

Angka BID tersebut menjadikan jumlah kes BID di seluruh negara mencatatkan sebanyak 5,514 kes.

Sementara itu, pesakit aktif terus menurun dengan sebanyak 116,596 kes dilaporkan melibatkan 95,513 kes dikuarantin di rumah dan 15,578 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID -19 (PKRC).

Terdapat 7,746 kes di hospital, 351 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 408 di ICU dengan bantuan pernafasan. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan