24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pelakon lelaki, pengarah positif dadah direman

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KUALA KANGSAR – Pelakon lelaki yang diberkas setelah didapati positif dadah jenis THC dalam serbuan di sebuah rumah di Chandan Putri di sini semalam direman sehingga esok.

Perintah reman bermula hari ini yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Kangsar itu turut membabitkan seorang pengarah dan penolong pengarah.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, tiga lelaki berusia 28 hingga 48 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah inap desa pada pukul 7.15 pagi.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya menjumpai dadah jenis kanabis seberat 1.45 gram pada pelakon dan pengarah tersebut.

Advertisements

“Pemeriksaan di bilik penolong pengarah pula menjumpai di atas lantai dadah jenis methamphetamine seberat 0.38 gram.

“Nilai pasaran keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM270,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Menurut beliau, semakan ke atas rekod lampau kesemua suspek mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod bersabit kes dadah.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan