28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Kes harian catat bawah 10,000 dua hari berturut-turut

Selangor yang sebelum ini mencatatkan kes harian tertinggi hanya merekodkan 686 kes, iaitu jumlah kes paling rendah sejak Mei lalu.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Jumlah kes harian COVID-19 yang terus mencatatkan penurunan apabila hari ini merekodkan jumlah positif sebanyak 8,075 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Ini sekali gus menyaksikan jumlah kes harian berada di bawah 10,000 selama dua hari berturut-turut setelah semalam mencatatkan sejumlah 9,066 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, Selangor yang sebelum ini mencatatkan kes harian tertinggi hanya merekodkan 686 kes, iaitu jumlah kes paling rendah sejak Mei lalu.

Walaupun Sarawak masih merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 1,189 kes namun ia menunjukkan kadar penurunan yang semakin ketara manakala Kelantan pula sebanyak 1,020 kes.

Lain-lain negeri, Pulau Pinang merekodkan sebanyak 853 kes diikuti Johor (781 kes), Sabah (677 kes), Terengganu (636 kes), Kedah (628 kes), Perak (548 kes), Pahang (522 kes), Melaka (219 kes), Kuala Lumpur (151 kes) dan Negeri Sembilan (108 kes).

Baca juga:   Dr Zul, kenapa padam dua perenggan ayat dalam FB? - Najib

“Selebihnya, Perlis sebanyak 36 kes, Putrajaya (19 kes) dan Labuan (dua kes),” katanya.

Sehingga kini, jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 2,285,640 kes.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata kes sembuh kekal mengatasi kes harian dengan 15,456 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes sembuh daripada COVID -19 sebanyak 2,116,021 kes.

“Daripada jumlah kes harian yang dilaporkan hari ini, 160 kes (2.0 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 7,915 kes (98.0 peratus) kategori satu dan dua.

Baca juga:   MITI, KKM bincang wujudkan program vaksinasi dos penggalak

“Terdapat 867 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 461 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 15 kluster baharu dilaporkan terdiri daripada tujuh kluster tempat kerja, enam kluster komuniti serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan. -Edisi 9

Terkini

SPRM perlu kekal bebas tekanan politik

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah berperanan sebagai institusi bebas meskipun tidak diletakkan di bawah Parlimen seperti diusulkan beberapa...

Lagi Artikel Berkaitan