32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hujan lebat: Semoga Allah lindungi seluruh Keluarga Malaysia – Ismail Sabri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SUSULAN hujan lebat berterusan di seluruh negara hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan semoga Allah melindungi seluruh Keluarga Malaysia.

Dalam satu hantarannya di laman sosial Facebooknya tadi, Ismail Sabri menzahirkan ucapan serta doa buat seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah, Mohd Diya Che Jusoh, yang ditimpa kemalangan sewaktu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh, Melaka.

Menurutnya, mangsa sehingga kini masih belum sedarkan diri.

“Mendapat perkhabaran dukacita iaitu seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Tengah, Mohd Diya Che Jusoh, ditimpa kemalangan sewaktu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh sebentar tadi dan masih belum sedarkan diri.

“Ayuh kita semua warga Keluarga Malaysia bersama-sama menadah doa ke hadrat Allah agar keadaan mangsa bertambah baik dan sihat seperti sedia kala,” katanya tadi.

Menurut beliau lagi, difahamkan bahawa hujan lebat di seluruh Malaysia dan ada beberapa tempat sudah dinaiki air.

Advertisements

“Saya menyeru kepada semua agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga. Semoga Allah melindungi seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.

Terdahulu, seorang anggota bomba terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini, petang tadi.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah sedang memasang tali untuk membantu penduduk kampung.

Difahamkan, anggota bomba lain mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menyelamat dan membantu mangsa yang tidak sedarkan diri selepas dibawa arus deras.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, berkata selepas diselamatkan mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka bagi menerima rawatan lanjut.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan