27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pegawai SPRM edar dadah ditahan 60 hari bantu siasatan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEGAWAI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sebelum ini ditahan berhubung dakwaan mencuri wang tunai RM25 juta turut disiasat atas kesalahan terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah.

Memetik laporan Harian Metro, suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sejak setahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain, berkata suspek kini ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK).

“Suspek kini ditahan selama 60 hari untuk membolehkan siasatan lanjut terhadapnya dijalankan namun kami yakin tidak akan mengambil masa yang lama untuk melengkapkan siasatan.

“Selepas siasatan ini selesai dijalankan, pihak kami akan merujuk kertas siasatan terhadap Bahagian Undang-Undang, Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan selanjutnya,” katanya tadi.

Razarudin berkata suspek pada mulanya ditahan kerana memiliki dadah jenis Eramin 5 selain ujian air kencing yang dijalankan juga didapati positif susulan laporan yang dibuat oleh SPRM.

“Dalam kes ini juga pihak JSJN turut menahan dua lelaki yang didapati positif dadah, mereka adalah saksi dalam melengkapkan siasatan,” katanya.

Suspek ditahan kerana memiliki dadah, senjata api dan peluru pada 21 September lalu dan dadah berkenaan ditemui di dalam pejabatnya di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Suspek adalah salah seorang dari tiga pegawai SPRM yang ditahan selepas disiasat berhubung kehilangan barang kes membabitkan wang tunai USD$6 juta (RM25 juta) baru-baru ini.

SPRM kemudian mengeluarkan kenyataan bulan lalu mendakwa tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

-EDISI9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan