25 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

TMCB terajui projek hab perdagangan Kazakhstan di Malaysia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Tanah Melayu Capital Bhd (TMCB) telah dilantik menerajui projek Hab Perdagangan Qazaq di Malaysia oleh Kementerian Perdagangan dan Integrasi Kazakhstan.

Pakar rangkaian perniagaan dan teknologi maklumat tempatan itu berkata, ia akan menandatangani perjanjian dengan kementerian itu untuk mewujudkan hab perdagangan di Kuala Lumpur, yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

RIDHWAN ROSLI

“Hab Perdagangan Qazaq iaitu hab perdagangan serantau Kazakhstan dijangka menjadi pusat sehenti yang komprehensif bagi meningkatkan perdagangan dan pelaburan antara Kazakhstan dan Malaysia.

“Ia juga akan menjadi platform utama bagi Kazakhstan untuk menjangkau dan melibatkan negara-negara lain di Asia Tenggara meningkatkan peluang komersial dan aktiviti perniagaan,” menurut TMCB dalam kenyataan hari ini.

Majlis pemeteraian itu akan diadakan tidak lama lagi, dijadual disaksikan pemimpin-pemimpin negara dari Kazakhstan dan Malaysia.

Pengarah TMCB, Ridhwan Rosli berkata, syarikat itu akan memanfaatkan pandangan dan hubungan pasaran tempatan dengan pihak berkepentingan utama awam dan swasta untuk menjayakan Hab Perdagangan Qazaq.

Baca juga:   Operasi LRT dilanjut separuh akhir Piala AFF Malaysia-Thailand

“Hab ini dijangka meningkatkan lagi perdagangan selain berpotensi memacu lebih banyak pelaburan langsung asing ke Malaysia.

“Pada masa ini Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Kazakhstan di rantau ini, melibatkan nilai dagangan kira-kira RM600 juta setahun,” katanya.

Sementara itu, Naib Menteri Perdagangan dan Integrasi Kazakhstan Assel Zhubanyshevna Zhanassova  berkata hab perdagangan itu mengesahkan lagi bahawa Kazakhstan terbuka untuk perniagaan dan mencari laluan secara proaktif untuk berkembang dan mempelbagaikan perdagangan dan pelaburan dalam semangat kerjasama ekonomi global.

Baca juga:   Majlis Peguam tafsir undang-undang ikut selera sendiri

“Mengambil kira kedudukan geografi kami, Kazakhstan juga boleh menjadi hab transit antara Asia Tenggara dan Eropah, khususnya di negara-negara Kesatuan Ekonomi Eurasia (EAEU).

“Hab transit ini akan membolehkan paradigma perdagangan baharu yang berupaya mewujudkan pekerjaan, menambah baik kehidupan dan memelihara sumber asli,” katanya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan