24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Terengganu beralih ke Fasa 3 mulai Jumaat

Mesti Baca

CYBERJAYA – Terengganu akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 September ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri memaklumkan keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang bermesyuarat pada Rabu.

Beliau menjelaskan, kelonggaran yang diberikan adalah sama seperti negeri-negeri yang telah memasuki Fasa 3 sebelum ini.

“Bagaimanapun, ekoran kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini, saya mendapati orang ramai mula mengabaikan SOP yang ditetapkan.

“Sehubungan itu saya berharap rakyat terus patuh pada SOP untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik COVID-19,” katanya menerusi kenyataan.

Perdana Menteri berkata, kesediaan kerajaan membenarkan lebih banyak kelonggaran tidak bermakna orang ramai sudah boleh mengabaikan langkah-langkah keselamatan yang diamalkan selama lebih setahun ini.

Advertisements

Justeru, beliau berharap kelonggaran-kelonggaran yang diberikan dapat dimanfaatkan oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

Dengan keputusan tersebut, Terengganu kini bersama Perlis dan Negeri Sembilan berada dalam Fasa 3 manakala hanya Kedah dan Johor masih berada dalam Fasa 1.

Labuan satu-satunya negeri yang berada dalam Fasa 4 manakala selebihnya berada dalam Fasa 2.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut mengumumkan beberapa kelonggaran lagi bagi negeri-negeri Fasa 1, 2 dan 3 antaranya pengoperasian institut latihan udara dan darat kini dibenarkan.

Bagi tadika, taska, dan pusat penjagaan harian kanak-kanak dibenarkankan bagi negeri Fasa 1 tetapi untuk ibu bapa yang bekerja.

Manakala operator dan pekerja di pusat-pusat tersebut perlu menerima vaksinasi penuh sebelum dibenar beroperai. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan