32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Sasaran tercapai, 20% belum lengkap vaksin akan dijejak

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia diisytihar telah mencapai sasaran 80 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin COVID-19 pada pukul 1 tengah hari ini, sekaligus mencapai sasaran yang ditetapkan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun sasaran sudah mencapai sasaran, pihaknya tetap akan berusaha menjejak 20 peratus lagi yang belum atau enggan divaksin.

“Pada jam 1300hrs (1 petang) hari ini, Malaysia telah mencapai sasaran 80% penduduk dewasa lengkap divaksinasi.

“Walaupun sasaran awal adalah 80% populasi dewasa, sekarang
@JKJAVMY (Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin) akan berusaha untuk menjejaki 20% lagi yang belum atau enggan divaksinasi,” katanya menerusi ciapan di twitternya.

Sebelum itu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara telah mencapai 80 peratus populasi dewasa negara lengkap divaksin.

Bagaimanapun, beliau menggesa semua pihak terus berusaha untuk memerangi wabak COVID-19 yang kini kadar jangkitan mula menunjukkan penurunan.

Baca juga:   6,241 kes baharu, 30 kluster, 890 ICU, 87 kematian

“Tahniah! Malaysia mencapai 80% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Teruskan usaha kita perangi COVID-19. #LindungDiriLindungSemua,” ciap Perdana Menteri.

Khairy Jamaluddin ketika menerima suntikan vaksin Sinovac oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abdul Samad di Rembau, Negeri Sembilan. – Sumber: FB Khairy Jamaluddin

Awal bulan lalu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjangkakan 100 peratus penduduk dewasa atau 80 peratus jumlah penduduk keseluruhan akan mendapat dos lengkap suntikan vaksin.

Beliau yakin sasaran itu akan dapat dicapai berdasarkan prestasi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang memberangsangkan setakat ini.

Pada masa kini, kerajaan sedang menggerakkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja membabitkan mereka yang berusia 12 hingga 17 tahun.

Baca juga:   Garis panduan penerima 2 dos lengkap vaksin ke MKN

Selain membuka pusat-pusat vaksinasi di sekolah, remaja juga dibolehkan mendapatkan suntikan vaksin secara ‘walk-in’ di pusat-pusat pemberian vaksinasi (PPV) umum dan bersepadu yang ditetapkan mulai Khamis ini.

Vaksinasi merupakan jalan keluar terbaik daripada pandemik COVID-19 yang sudah berlarutan hampir dua tahun, dengan jumlah kes harian menampakkan penurunan ketara sejak PICK dilaksanakan.

Paling ketara kes di Lembah Klang yang pada awal bulan lalu mencapai 7,000 kes sehari kini menurun di bawah 2,000 kes lebih seminggu lalu. – Edisi 9

Baca juga:   Pasangan jarak jauh lengkap 2 dos mungkin dibenar rentas negeri

Terkini

RM120 juta peruntukan bagi menukar lif lama di 67 unit PPR

Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM120 juta kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menukar lif lama kepada yang baru...

Lagi Artikel Berkaitan