24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Piala Suzuki AFF: Malaysia, Vietnam, Indonesia satu kumpulan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Malaysia seolah-olah tidak boleh lari daripada badi Vietnam apabila kedua-dua pasukan sekali lagi berada dalam kumpulan sama dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 yang akan berlangsung 5 Disember hingga 1 Januari tahun depan.

Turut bersama dalam Kumpulan B itu ialah Indonesia, Kemboja dan Laos, sekali gus hampir mengulangi undian kejohanan sama pada 2018.

Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe berkata, undian kali ini tidak banyak bezanya dengan kejohanan lalu yang menyaksikan skuad Harimau Malaya berjaya menyingkirkan Thailand di separuh akhir sebelum bertemu, sekali lagi di perlawanan akhir.

“Saya rasa undian kali ini nampak tak banyak berbeza kerana setiap kali kejohanan di peringkat Asia Tenggara, negara-negara tersebut walaupun dalam peringkat bawah umur pun kita akan jumpa. Jadi semua sudah biasa dengan pasukan-pasukan tersebut.

“Sudah tentu kita tahu Vietnam adalah pasukan pilihan dalam Kumpulan B ini dan yang penting, kita perlu fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Pada masa sama, kita juga perlu fokus bukan saja lawan Vietnam, kita tahu Indonesia sememangnya musuh tradisi kita, Kemboja pula kita tak boleh ambil mudah kerana mereka mempunyai pemain-pemain berbakat.

“Sementara Laos walaupun mereka di balang kelima tetapi kita perlu sentiasa fokus untuk setiap perlawanan,” kata Cheng Hoe selepas majlis undian yang diadakan secara maya di Singapura hari ini.

Dalam edisi 2018, Malaysia berpuas hati sebagai naib juara apabila tunduk kepada Vietnam agregat 3-2.

Advertisements

Kejohanan terbesar Asia Tenggara edisi ke-13 sepatutnya berlangsung pada penghujung 2020 tetapi terpaksa ditunda ke April 2021 dan kemudian ke tarikh baharu Disember ini berikutan pandemik COVID-19.

Sementara itu dalam Kumpulan A pula, dibarisi juara lima kali Thailand, Myanmar, Filipina, juara empat kali, Singapura dan pemenang perlawanan kelayakan di antara Brunei dan Timor-Leste.

Cheng Hoe berkata, beliau mempunyai masa dua bulan sebelum kejojanan bermula dan akan terus memantau para pemain terutama mereka yang akan diuji pada dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 ketika jendela perlawanan antarabangsa FIFA, awal Oktober ini.

Selain itu, beliau juga akan melihat prestasi mereka bersama kelab masing-masing sepanjang kempen Piala Malaysia 2021.

“Kita barisan jurulatih akan sentiasa memantau dari segi prestasi pasukan atau pemain-pemain kita. Pada masa sama kita juga perlu melihat persiapan pasukan negara-negara lain juga.

“Kita harap pemain-pemain yang dipanggil pada edisi kali ini akan dapat juga memberi sumbangan yang terbaik untuk skuad kebangsaan,” ujar Cheng Hoe.

Berdasarkan maklumat, saingan peringkat kumpulan bagi Piala Suzuki AFF 2020 ini akan dijalankan di venue berpusat, berbeza dengan format terdahulu pada edisi 2018.

Malaysia hanya sekali bergelar juara pada edisi 2010 di bawah bimbingan Datuk K. Rajagobal dan tiga kali muncul naib juara iaitu pada edisi 1996, 2014 dan 2018. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan