27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Kebenaran rentas negeri dibuat berhati-hati – Hishammuddin

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Keputusan kebenaran merentas negeri perlu dibuat secara berhati-hati dan penuh rasa tanggungjawab bagi memastikan ia benar-benar selamat untuk semua pihak.

Menteri Kanan Pertahanan, Datauk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap agar semua pihak akan dapat memikirkan kelonggaran berkenaan secara mendalam dan kerajaan juga menggunakan slogan #reopeningsafely bagi memastikan semuanya dalam keadaan baik.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, kita sedang berusaha ke arah fasa endemik… fasa itu tentunya merangkumi keputusan untuk merentas negeri.

“Sekarang ini pun ada aktiviti-aktiviti tertentu yang kita izinkan mereka merentas negeri. Contohnya projek rintis gelembong pelancongan Langkawi dan pasangan jarak jauh yang telah lengkap divaksinasi,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Hishammuddin berkata, risiko penularan Covid-19 juga perlu dipertimbangkan sekiranya diberikan kelonggaran untuk aktiviti merentas negeri secara besar-besaran.

Baca juga:   Pas pilih perkuat Perikatan Nasional

Menurutnya, keputusan perlu dibuat dengan berhati-hati dan keputusan akan dibuat selepas melihat fasa endemik yang dijangka hujung bulan hadapan.

“Masa tu baru kita akan dapat buat keputusan. Buat masa ini kita perlu melihat dengan lebih menyeluruh dari segi peratusan vaksinasi termasuk kemampuan negeri sekiranya berlaku perkara tidak diingini.

“Kita tak mahu bila berlaku nanti, kita dituduh tak bersiap sedia. Semua yang terlibat ini mesti bertanggungjawab… bukan nak buka sahaja seronok-seronok tapi nak buka dengan selamat.

Baca juga:   Kes sembuh, kes aktif catat pertambahan - COVIDNOW

Menurutnya, akan ada sinar di hujung terowong, namun orang ramai diminta untuk memberikan masa kepada kerajaan dalam keputusan berkenaan.

“Kita bukan sahaja serius tapi juga bertanggungjawab untuk melakukannya dengan selamat ,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata mesyuarat kedua Menteri Kuartet COVID-19 hari ini bersetuju dengan cadangan supaya pemilik premis perniagaan stesen minyak, restoran, kedai makan dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi secara seragam di semua fasa mulai 6 pagi hingga 12 malam kecuali di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau berkata keputusan itu akan disyor untuk diputuskan kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob esok.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Polis kesan remaja hilang ketika membeli air

Terkini

Dengarlah suara rakyat – Annuar Musa

"DENGARLAH suara rakyat. Apabila Padang ranap dan pulau hampir tenggelam," itu pesanan ringkas daripada Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata...

Lagi Artikel Berkaitan