36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Principal Islamic raih anugerah pengurusan terbaik

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Principal Islamic Asset Management (Principal Islamic) telah meraih anugerah Pengurus Islamik Terbaik untuk tahun kedua berturut-turut pada Anugerah Kewangan Islam The Asset Triple A 2021.

Anugerah ini mengiktiraf pencapaian dan perkhidmatan yang ditawarkan Principal Islamic, yang telah menunjukkan pertumbuhan yang stabil sepanjang waktu yang tidak menentu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syed Mashafuddin Syed Badarudin berkata, pihaknya telah menetapkan strategi lima tahun untuk perniagaan patuh syariah.

Beliau berkata, ini bagi menyempurnakan aspirasi mereka untuk menerajui agenda pelaburan Islam dalam pengurusan aset, mengembangkan produk tawaran dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan kami.

“Anugerah ini sememangnya menyumbang kepada momentum pertumbuhan perniagaan kami.

“Walaupun 2020 merupakan tahun yang sukar, kami berupaya mengekalkan pencapaian yang baik bagi pelaburan para pelanggan kami. Kami menghargai pengiktirafan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SYED MASHAFUDDIN SYED BADARUDIN

Syed Mashafuddin berkata, Principal Islamic akan terus menawarkan produk dan solusi yang dapat memberikan pulangan yang baik kepada para pelabur mereka.

Beliau yakin dapat memperkenalkan lebih banyak strategi patuh syariah dalam memenuhi permintaan bagi dana-dana yang inovatif, sesuai untuk pelbagai risiko dan pulangan yang lebih baik.

Katanya, melalui kerjasama dengan Principal Global Investors (PGI), Principal Islamic akan memacu strategi-strategi patuh syariahnya, termasuk dana yang fokus kepada Environmental, Social and Governance (ESG) dalam beberapa bulan yang akan datang.

“Dengan pemahaman yang mendalam dalam pematuhan syariah dan ESG, Principal Islamic komited dalam menintegrasikan prinsip-prinsip ESG dan patuh syariah.

“Integrasi ini melengkapkan pelaburan patuh syariah kerana kedua-duanya mempunyai banyak persamaan dari segi sosial antaranya mengelakkan pelaburan di dalam industri pembuatan senjata, alkohol, perjudian dan tembakau,” katanya.

Setakat Jun lalu, Principal menguruskan sejumlah RM96.7 bilion di Asia Tenggara, yang mana RM30.69 bilion adalah dana patuh syariah. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan