29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sarawak tertinggi, kes baharu harian menurun 18,547 kes

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sarawak masih lagi menjadi penyumbang tertinggi kes baharu harian COVID-19 pada hari ini, bagi dua hari berturut-turut dengan mencatatkan sebanyak 3,200 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes baharu negara, merekodkan penurunan dengan sebanyak 18,547 kes baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 1,880,734 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, selain Sarawak yang merekdokan kes tertinggi, ia turut diikuti oleh Selangor sebanyak 2,407 kes dan Johor (2,174 kes).

“Seterusnya, Sabah sebanyak 2,107 kes, Pulau Pinang (1,776 kes), Kedah (1,487 kes), Kelantan (1,458 kes) dan Perak (1,197 kes).

“Lain-lain negeri, mencatatkan angka tiga digit kes baharu, dengan Pahang (742 kes), Terengganu (645 kes), Kuala Lumpur (631 kes), Melaka (448 kes) dan Negeri Sembilan (229 kes).

“Putrajaya pula (22 kes), Perlis (20 kes) dan Labuan (empat kes),” katanya terdahulu pada ciapan Twitter di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, kes kematian harian pulanmencecah melebihi 300 dengan 311 kes terdiri daripada 270 warga Malaysia dan 41 warga asing manakala, 93 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

“Dalam masa sama, kes aktif pula merekodkan sebanyak 252,002 kes termasuk 977 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 447 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 18,902 kes sembuh dan jumlah kes sembuh daripada COVID-19 sebanyak 1,609,930 kes,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, secara keseluruhan, daripada 1,880,734 kes positif COVID -19 yang dilaporkan, 1,721,274 kes (91.5 peratus) adalah mereka tiada sejarah vaksinasi atau tidak lengkap divaksin.

“Sebanyak 1,441,205 kes (76.6 peratus) terdiri daripada mereka tiada sejarah vaksinasi dan 280,069 kes (14.9 peratus) adalah mereka yang tidak lengkap divaksinasi.

“Hanya 159,460 kes (8.5 peratus) mempunyai sejarah vaksinasi lengkap.

“Bagi pecahan kes harian pula, 308 kes (1.66 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 18,239 kes (98.34 peratus) lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Beliau berkata, situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan COVID -19 yang teruk.

“Perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi.

“Justeru, mereka yang belum mengambil vaksin COVID -19 dinasihatkan segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti.

“Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko dijangkiti,” katanya.

Sementara itu, katanya, sebanyak 39 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 23 kluster tempat kerja, 13 kluster komuniti serta masing-masing satu kluster pusat tahanan, kumpulan berisiko tinggi dan pendidikan.

“Kesemuanya kluster baharu yang dilaporkan hari ini telah menyumbang kepada 1,358 kes keseluruhannya,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan