32.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Persatuan veteran komando terima sumbangan van jenazah

Mesti Baca

SUNGAI PETANI – Hasrat Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged, Kem Sungai Layar, di sini untuk memiliki van jenazah akhirnya tertunai.

Van sumbangan syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada Panglima 6 Briged, Brigadier Jeneral, Khairul Anuar Abdul Aziz di Kem Sungai Layar hari ini.

Sumbangan van jenazah itu menerusi program khas baik pulih van TNB yang hendak dilupuskan dengan kos pembaikan RM35,000.

“Kita berterima kasih kepada pihak TNB yang sudi menyumbang van jenazah ini khusus untuk kegunaan Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged ini.

“Semoga dengan sumbangan van jenazah ini, akan menjadi asbab kebaikan kepada TNB untuk terus berkembang maju perniagaan syarikat itu sekaligus membolehkan lebih banyak lagi sumbangan kebajikan seperti ini dilaksanakan oleh pihak TNB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca juga:   Kemelesetan ekonomi bertambah buruk akibat PKPB

Turut hadir, Ketua Pegawai Solusi Bisnes Global TNB, Mohamad Ariff Zainol, Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohd Yusoff dan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Annuar Ahmad.

Sebuah lagi van jenazah turut disumbangkan kepada Masjid Sultan Abdul Halim yang disampaikan kepada Ketua Imam, Che Sa Ahmad untuk kegunaan anak-anak kariah masjid tersebut.

Sementara itu, Mohamad Ariff berkata, TNB telah menyumbang sejumlah 60 buah van jenazah sejak 2016 dengan nilai lebih RM2.7 juta.

Baca juga:   TNB bantu 17 asnaf di Perlis miliki rumah sendiri

Secara purata menurutnya, TNB menerima lebih 80 permohonan setiap tahun daripada pelbagai pihak untuk mendapatkan sumbangan van jenazah.

“Sebelum ini TNB menyumbang van baharu, tetapi kosnya terlalu tinggi dan kita kemudiannya memutuskan untuk menyumbang van TNB yang hendak dilupuskan dengan membaik pulih seperti membaiki enjin, menukar tayar dan mengecat semula dengan kos setiap van berjumlah RM35 ribu,” jelas beliau. – Edisi 9

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan