24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

500,000 masalah paparan sijil vaksin selesai tempoh seminggu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sebanyak 500,000 masalah ketiadaan paparan sijil vaksin digital di dalam aplikasi berjaya diselesaikan MySejahtera dalam tempoh seminggu lalu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, sistem itu akan terus mengemaskini maklumat penerima vaksin dari semasa ke semasa.

“Bagaimanapun, bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap tetapi masih belum menerima sijil vaksin digital di dalam aplikasi MySejahtera, anda boleh menggunakan kad vaksinasi fizikal untuk memanfaatkan kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 71,408 aduan yang diterima mengenai ketiadaan paparan sijil digital vaksin adalah berpunca daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak melengkapkan proses dokumentasi setelah individu selesai menerima vaksin.

“Bagi isu itu, MySejahtera sedang membuat penyelarasan dengan PPV yang terlibat untuk pastikan pengguna akan terima paparan sijil digital vaksin di dalam MySejahtera.

Advertisements

“Saya juga ingin mengingatkan para petugas PPV supaya semak dan pastikan setiap penerima vaksin telah menerima sijil vaksin digital di dalam aplikasi MySejahtera sebelum mereka meninggalkan PPV,”katanya.

Selain itu, katanya, terdapat aduan daripada individu yang menerima vaksin di PPV yang bukan dikendalikan oleh KKM dan ProtectHealth Corporation (Protect Health).

“Masalah itu berlaku kerana PPV-PPV itu tidak menggunakan sistem MySejahtera.

“Situasi itu telah menyebabkan sijil vaksin digital tidak dapat dipaparkan di dalam aplikasi MySejahtera sebaik sahaja proses pemberian vaksin selesai.

Katanya lagi, sijil digital tersebut hanya akan dipaparkan di dalam MySejahtera setelah PPV bukan kendalian KKM atau yang dikendalikan ProtectHealth menghantar maklumat kepada MySejahtera. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan