31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Kes baharu 13,754, enam negeri kes baharu bawah 2,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian negara mencatatkan penurunan di bawah angka 14,000 dengan 13,754 kes di laporkan hari ini.

Dengan pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kes positif COVID -19 sebanyak 2,156,678 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih merekodkan kes tertinggi dengan sebanyak 1,985 kes dilaporkan.

“Diikuti oleh Johor sebanyak 1,913 kes dan Sarawak sebanyak 1,766 kes.

“Sabah (1,629 kes), Kelantan (1,264 kes), Pulau Pinang (1,052 kes), Pahang (869 kes), Perak (844 kes), Kedah (783 kes), Terengganu (664 kes), Kuala Lumpur (383 kes), Melaka (292 kes) dan Negeri Sembilan (175 kes).

“Perlis pula (113 kes), Putrajaya (14 kes) dan Labuan (lapan kes),”katanya terdahulu. pada hantaran Facebook beliau di sini.

Mengulas lanjut, Dr. Noor Hisham berkata, sebanyak 15 kluster baharu dikenal terdiri daripada lapan kluster komuniti dan tujuh kluster tempat kerja dilaporkan di Kelantan, Pahang, Perak, Johor, Selangor dan Sabah.

Baca juga:   10 lagi kes varian baharu virus SARS-CoV-2 dikesan

Dalam pada itu, sebanyak 161 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes BID sebanyak 4,809 kes. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan