32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Jadikan kepelbagaian parti Melayu sebagai kekuatan

Mesti Baca

SEPANG – Kepelbagaian parti dalam masyarakat Melayu perlu digunakan sebagai sumber kekuatan untuk mendepani norma baharu politik secara permuafakatan.

Pakar Sosial, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, dalam kalangan masyarakat Melayu kini terdapat banyak parti berbeza seperti UMNO, Pas, Bersatu, Pejuang dan lain-lain yang dilihat sebagai satu perpecahan umpama satu kek besar dipotong menjadi beberapa belahan kecil.

Beliau berkata, perbezaan jika tidak dialihkan kepada sesuatu yang positif akan mengakibatkan bencana yang amat ketara kepada pembangunan agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.

Katanya, bangsa Melayu perlu menjadikan kepelbagaian parti sebagai satu kekuatan dan gunakannya untuk memberi tujahan tertentu kepada kumpulan tertentu.

“Misalnya, UMNO dan Pas mempunyai khalayak sendiri, Bersatu serta Pejuang juga mempunyai sokongan masing-masing dan parti lain berteraskan Melayu-Islam turut mempunyai tujahannya, tetapi kita mahu semua keupayaan parti ini digunakan untuk penyatuan bagi pembangunan negara.

“Sudah pasti kita tidak mahu kepelbagaian dalam parti Melayu-Islam ini dilihat sebagai satu kelemahan, sebaliknya digunakan sebagai kekuatan untuk pembangunan yang sukar ditandingi,” katanya.

perbalahan penjajahan sosial Aidiladha tabayyun makmal sosial
MOHAMMAD SHATAR SABRAN

Beliau berkata demikian ketika mengulas situasi politik dalam kalangan masyarakat Melayu yang kini mempunyai begitu banyak parti.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), berkata, strategi menjadikan kepelbagaian sebagai kekuatan sudah lama dipraktikkan oleh syarikat pembuat kereta.

Sebagai contoh, katanya, Proton mengeluarkan pelbagai model seperti Perdana untuk golongan tertentu, Waja, Iswara, Saga dan pelbagai model lain kerana sedar masyarakat di Malaysia seramai 32 juta orang mempunyai cita rasa berbeza.

Beliau berkata, apapun model yang dibeli masyarakat, hasil keuntungan akan tetap ke Proton, sama juga Honda yang mengeluarkan pelbagai model tapi keuntungan tetap kembali kepada syarikat jenama kereta dari Jepun itu.

“Jadi, kita mengharapkan keadaan yang sama berlaku dalam masyarakat Melayu di negara kita. Kita ibarat lidi, jika satu memang rapuh, jika segemal sukar dipatah.

“Tiada masalah untuk mempunyai pelbagai parti, namun hujungnya perlu bersatu dan akhirnya memastikan kemajuan, kemakmuran terutama dalam kalangan bangsa Melayu, agama Islam terjamin pada masa akan datang,” katanya. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan