32.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 29, 2023

Orang ramai diajak bagi cadangan Bajet 2022 – Tengku Zafrul

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) mengajak orang ramai untuk berkongsi apa-apa cadangan bagi Bajet 2022 yang akan dibentangkan pada Oktober depan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, orang ramai boleh berkongsi cadangan masing-masing menerusi https://budget.mof.gov.my selewat-lewatnya pada 15 September ini.

“Apakah yang anda inginkan dari Bajet 2022? Kami mahukan pandangan anda sebagai Keluarga Malaysia.

“Kongsikan cadangan anda melalui https://budget.mof.gov.my selewat-lewatnya pada 15 September ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Pada masa sama, MOF juga menerbitkan Kertas Konsultasi Awam ke atas beberapa topik terpilih sebagai sebahagian daripada proses penyediaan Bajet 2022.

Orang awam adalah dijemput untuk memuat turun kertas-kertas berkenaan dan mengemukakan maklum balas melalui laman web MOF iaitu www.mof.gov.my/konsultasi-awam.

Soalan atau penghantaran dokumen maklum balas tambahan berkenaan KKA boleh dikemukakan melalui emel: [email protected]

Antara kertas-kertas berkenan termasuk berkaitan penambahbaikan dasar perolehan kerajaan, kajian ke atas insentif cukai, penambahbaikan program bantuan tunai kerajaan dan akta tanggungjawab fiskal.

Maklum balas boleh dikemukakan sebelum pukul 5 petang pada 15 September ini.- Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pengecualian visa: Aspek keselamatan negara tidak diabaikan – PM

SUSULAN pengumuman kerajaan mengenai pengecualian visa kepada beberapa negara baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan...

Lagi Artikel Berkaitan