24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Agensi pelancongan dibenar beroperasi serta-merta

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

CYBERJAYA – Syarikat agensi pelancongan dibenarkan untuk beroperasi dengan serta-merta tanpa perlu mendaftar dengan Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, langkah itu bagi menjayakan projek rintis gelembung pelancongan Langkawai yang akan bermula 6 September ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Keputusan ini adalah berita baik dan yakin usaha membantu sebanyak 5,335 syarikat agensi pelancongan berdaftar di negara ini yang terkesan hampir 2 tahun untuk menjana semua pendapat mereka dapat dilaksanakan segera dan lancar,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Semalam, MOTAC mengumumkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelancong tempatan untuk melancong ke Langkawi mulai 16 September di bawah projek rintis gelembung pelacongan.

Ia susulan keputusan kerajaan yang membuka semula sektor pelancongan yang terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19 sejak awal tahun lalu.

Advertisements

Bagaimanapun, untuk permulaan hanya Pulau Langkawi sahaja dibuka kepada pelancong tempatan yang lengkap dua dos vaksin.

Nancy berkata, kerajaan sentiasa komited untuk memulihkan ekonomi dan memastikan kesinambungan perniagaan pernggiat industi pelancongan dan kebudayaan terutamanya dengan mengekalkan pekerjaan mereka yang terlibat dalam rantaian perniagaan sama.

Malah insentif seperti pemberian bantuan khas one-off sebanyak RM3,000 kepada agensi pelancongan turut disediakan.

Sehingga Julai lalu, sejumlah 2,899 agensi pelancongan telah menerima bantuan dengan jumlah bayaran sebanyak RM8.6 juta.

“Pembayaran kepada 2,436 agensi pelancongan lagi sedang diproses<‘ katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan