25 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

3 negeri masih catat populasi dewasa bawah 50 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Perkembangan baik dapat dilihat apabila hanya tiga negeri sahaja masih merekodkan peratusan populasi dewasa bagi dos kedua suntikan vaksin dibawah 50 peratus berbanding empat negeri semalam.

Tiga negeri berkenaan terdiri, Sabah dengan 43.3 peratus; Kelantan (47.7 peratus) dan Kedah (48.9 peratus).

Bagaimanapun secara keseluruhannya, berdasarkan peratusan vaksinasi populasi dewasa Malaysia yang telah melengkapkan vaksinasi mereka adalah sebanyak 67.4 peratus direkodkan, melibatkan jumlah penerima seramai 15,772, 760 individu.

Manakala, sebanyak 87.2 peratus, melibatkan jumlah penerima seramai 20,401, 824 individu telah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama.

Sehingga kini, sebanyak 36,141,604 jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada rakyat Malaysia.

Advertisements

Sementara itu, Putrajaya merekodkan sifar dos pemberian suntikan dos pertama berdasarkan data pemberian harian dos vaksin COVID -19 Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), semalam.

Bagaimanapun, bagi dos kedua suntikan vaksin, Putrajaya menerima sejumlah 439 dos.

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 28,384 dos pertama dan sebanyak 30,856 dos kedua.

Semalam sahaja, sebanyak 300,501 dos pemberian harian dos vaksin COVID-19 direkodkan.

Daripada jumlah itu, seramai 134,559 individu telah menerima suntikan dos pertama manakala seramai 165,942 individu menerima suntikan dos kedua. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan