29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

2,140 guru enggan vaksin akan diambil tindakan wajar

Mesti Baca

CYBERJAYA – Seramai 2,140 orang guru akan diambil tindakan sewajarnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM) susulan keengganan mereka menerima suntikan vaksin COVID-19.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, walau bagaimanapun seramai 374,552 atau 90.48 peratus guru sekolah seluruh negara sudah menerima vaksin.

“Hari ini Malaysia telah berjaya mencapai sasaran 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi. Daripada jumlah tersebut, seramai 374,552 bersamaan 90.48 peratus keseluruhan guru sekolah telah divaksin. Alhamdulillah!

“Bagi 2,140 guru yg enggan divaksin, tindakan sewajarnya akan diambil KPM,” katanya menerusi ciapan di twitternya hari ini.

Sebelum ini Radzi berkata, guru-guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenar mengajar secara bersemuka dalam kelas dan berinteraksi bersama pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Oktober ini.

Beliau berkata, KPM akan mengeluarkan garis panduan tugasan untuk guru-guru yang tidak divaksin tersebut.

Mengulas perkara itu, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) seperti dilapor Berita Harian, memberi kepercayaan penuh kepada langkah KPM untuk berbincang secara bersemuka dengan guru yang enggan menerima pelalian sebelum sesi persekolahan dibuka.

Presiden i-Guru, Mohd Azizee Hasan berkata, tindakan tidak membenarkan guru mengajar secara bersemuka dalam kelas adalah wajar demi keselamatan bersama.

Namun, katanya, usaha masih boleh diambil dengan perbincangan atau diperhalusi garis panduan kepada golongan yang enggan menerima pelalian tanpa masalah kesihatan. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan