33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

14,954 kes baharu COVID-19, Sarawak masih tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Kes harian negara hari ini di bawah angka 15,000 dengan 14,954 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 2,097,830 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 2,707 kes, diikuti oleh Selangor sebanyak 2,028 kes dan Johor sebanyak 1,948 kes.

“Kelantan (1,420 kes), Sabah (1,356 kes), Pulau Pinang (1,259 kes), Perak (1,222 kes), Kedah (809 kes), Pahang (705 kes), Terengganu (671 kes), Kuala Lumpur (383 kes), Melaka (207 kes) dan Negeri Sembilan (144 kes).

“Perlis pula (76 kes) dan Putrajaya (19 kes) manakala, tiada jangkitan baharu di Labuan hari ini,” katanya terdahulu menerusi Facebook di sini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kes sembuh pada hari ini merekodkan sebanyak 23,469 kes, dengan 1,863,922 kes kumulatif atau bersamaan 88.9 peratus.

“Sebanyak 1,194 kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 882 kes COVID-19; 312 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan).

“Sementara, kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 665 kes (401 kes COVID-19; 264 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan),”katanya menerusi kenyataan media di sini.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 14,954 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 243 kes (1.6 peratus) adalah daripada kategori 3, 4, dan 5.

“Manakala, 14,711 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Terdapat 11 kes import melibatkan sembilan warganegara dan dua bukan warganegara sementara kes tempatan sebanyak 14,943 terdiri 13,580 warganegara (90.9%); 1,363 bukan warganegara (9.1%)],” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, sebanyak 19 kluster baharu dilaporkan pada hari ini dengan sejumlah 1,348 kluster adalah kluster aktif.

“Secara keseluruhannya 5,282 kluster direkodkan, dan jumlah kluster yang telah tamat adalah sebanyak 3,934 kluster,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan