25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tiup semangat kebangsaan, penduduk berkonvoi 300 meter

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NILAI – Hanya berkonvoi sejauh 300 meter (m), namun semangat dalam menyambut Hari Kemerdekaan dalam kalangan penduduk masih tetap dirasai dalam suasana norma baharu.

Itulah yang dilakukan Persatuan Penduduk Desa Kasia menerusi penganjuran Program Kibar Jalur Gemilang bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan 2021 dalam bersama-sama meniup semangat kebangsaan meskipun dilakukan dalam keadaan sederhana.

Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Kasia, Hamizol Abas berkata, program ini ringkas namun penuh dengan makna.

“Walaupun berkonvoi sejauh 300 m sahaja dari Surau Al-Muhajirin Desa Kasia ke pintu masuk ke taman ini dan telah disertai 60 kenderaan namun itulah istimewanya kerana penduduk dapat turut merasai suasana bagi menyambut Hari Kebangsaan.

J.Arul Kumar menyampaikan bungkusan cenderahati kepada peserta konvoi Program Kibar Jalur Gemilang bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan 2021.

“Penduduk hanya perlu berada di dalam kenderaan sahaja dengan meraikan dalam suasana norma baharu.

Advertisements

“Konvoi ini turut melibatkan agensi-agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) ; Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Rela “katanya di sini.

Program yang julung kali diadakan itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Nilai (Adun), J. Arul Kumar merangkap Pengerusi Jawatnkuasa Bertindak Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Program Kibar Jalur Gemilang bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan 2021 turut mendapat kerjasama daripada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Desa Kasia dan Persatuan SEJIWA.

Beliau berkata, pihaknya mengakui ada yang merindui suasana sambutan kerana kekangan pandemik yang melanda dan usaha ini sebagai menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan di kawasan tempat tinggal.

“Di samping itu, menceriakan kawasan sekitar dengan Jalur Gemilang, agar kita dapat sama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar,”katanya.

Jelasnya, mungkin program seumpama ini akan dianjurkan secara tahunan melihat kepada kejayaan yang memberangsangkan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan