24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

14,648,590 individu lengkap dos kedua, 62.6% populasi dewasa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Seramai 14,648,590 individu telah melengkapkan vaksinasi mereka dibawah Program Imunisasi COVID -19 Kebangsaan (PICK), setakat semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), ia membabitkan jumlah peratusan populasi dewasa sebanyak 62.6 peratus atau jumlah populasi keseluruhan sebanyak 44.9 peratus.

Manakala, seramai 19,389, 392 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Ia membabitkan jumlah peratusan populasi dewasa sebanyak 82.8 peratus atau jumlah populasi keseluruhan sebanyak 59.4 peratus.

Sehingga semalam, jumlah kumulatif pemberian dos vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia adalah sebanyak 34,027, 548 dos.

Advertisements

Wilayah Persekutuan Labuan dan Lembah Klang, masing-masing terus merekodkan peratusan populasi dewasa melebihi 90 peratus bagi suntikan dos kedua dengan 93.2 peratus bagi Labuan (101.7 peratus dos pertama) dan 90.3 peratus bagi Lembah Klang (110.9 peratus dos pertama).

Sementara itu, semalam sahaja jumlah pemberian harian dos vaksin negara adalah sebanyak 302,804 dos.

Daripada jumlah itu, sebanyak 142,186 bagi dos pertama manakala sebanyak 160,618 dos kedua vaksin COVID-19.

Johor terus merekodkan jumlah pemberian harian vaksin tertinggi dengan sebanyak 27,639 dos pertama dan sebanyak 31,067 dos kedua. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan