27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 21, 2021

PKPD 9 lokaliti seluruh negara mulai 5 Ogos

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan selama 14 hari di sembilan lokaliti seluruh negara mulai lusa hingga 18 Ogos ini.

Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, empat lokaliti di Sabah, tiga lokaliti di Terengganu dan dua lokaliti di Pahang.

Menurut beliau, PKPD di Sabah meliputi Kampung Banjar, Keningau; Kem 3 Sibulu, Tenom; Penampang Baru, Penampang dan Depoh Tahanan Imigresen, Tawau.

“PKPD juga dilaksanakan di Mukim Manir, Kuala Terengganu dan dua lokaliti dalam Mukim Telok Kalong, Kemaman, Terengganu iaitu Taman Rakyat Bestari Fasa 1 hingga 4 dan Rumah Awam Kos Rendang 1 dan 2.

“Selain itu, FELDA Tersang 1, 2 dan 3, Mukim Batu Talam dan FELDA Krau 1, Mukim Gali, yang terletak dalam daerah Raub, Pahang turut dikenakan PKPD,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hishammuddin menambah, prosedur operasi standard (SOP) untuk semua PKPD sama seperti yang diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, PKPD di Kampung Bintawa Hilir, Kuching, Sarawak, yang sepatutnya berakhir hari ini, dilanjutkan selama dua minggu lagi mulai esok hingga 17 Ogos.

Baca juga:   Dah 2021, siaran bola sepak kita di TV bila nak berubah?

Berhubung tindakan penguatkuasaan, Hishammuddin berkata, sebanyak 60 premis diarah tutup serta-merta kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi Operasi Pematuhan Sektor Perkilangan dan Premis Perniagaan, semalam.

Baca juga:   Sekatan jalan raya ditambah, 70,000 penguatkuasa pantau SOP

Menurut beliau, dalam operasi itu, pasukan Task Force melakukan pemeriksaan ke atas sebanyak 1,847 kilang dan 13,918 premis perniagaan.

“Selain itu, 1,049 tapak pembinaan dan 318 asrama penempatan pekerja turut diperiksa. Hasilnya, sebanyak 60 premis diarahkan tutup serta merta kerana gagal mematuhi SOP ditetapkan kerajaan.

“Menerusi Operasi Pematuhan ke atas individu pula, seramai 215 individu dikenakan kompaun kerana ingkar SOP, semalam,” jelasnya.

Hishammuddin menambah, pasukan keselamatan berjaya memberkas 29 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas tiga kenderaan darat dalam Op Benteng, semalam.

Pda masa yang sama, beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat 814 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (620), pemborong (152) dan pengilang (32).

“KPDNHEP juga melakukan 2,379 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, semua premis didapati mematuhi SOP.

“Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa KPDNHEP di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi,” ujarnya. – EDISI 9

Baca juga:   Laporan palsu:SPRM buat laporan polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Majlis-majlis Pemulihan Negeri pastikan PPN dilaksana secara holistik

PENUBUHAN Majlis-majlis Pemulihan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing merupakan pendekatan terbaik bagi memastikan Pelan...

Lagi Artikel Berkaitan