25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pembukaan sesi persekolahan ditangguh 3 Oktober

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pembukaan semula sesi persekolahan yang dijadualkan pada 1 September ini ditangguhkan ke 3 Oktober depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pembukaan sesi persekolahan itu dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula dengan kelas peperiksaan.

Bagaimanapun, menurut beliau, sesi persekolahan secara bersemuka itu hanya bagi sekolah di negeri Fasa 2 dan 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Perincian untuk Fasa 1 PPN akan dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat.

“Namun berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), tiada ada sekolah yang akan dibuka untuk negeri Fasa 1,” katanya.

Beliau memberikan penjelasan tentang perkara itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Dr Radzi berkata, keputusan kerajaan membuka sesi persekolahan dibuat mengambil kira dua faktor iaitu keselamatan anak-anak dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau berkata, KPM sentiasa mendapatkan data terkini daripada KKM selain mendengar pandangan daripada pakar berkaitan sebelum menetapkan tarikh pembukaan semula sekolah.

Advertisements

“Walaupun tarikh ditetapkan pada 1 September sebelum ini namun saya sudah jelaskan dalam kenyataan media media itu bahawa sebarang perubahan akan diumumkan,” katanya.

Radzi berkata, keputusan itu juga dibuat berdasarkan kepada jumlah guru yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 mesti 61.3 peratus daripada keseluruhan guru manakala 46.3 peratus dalam kalangan anggota kumpulan pelaksana (AKP).

Beliau berkata, setakat hari ini, jumlah guru yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos adalah 92.4 peratus manakala AKP (87.9 peratus) dan kakitangan sokongan (72.4 peratus).

“Saya amat berharap penjelasan ini dapat meredakan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa mengenai pembukaan semula sekolah.

“Percayalah dalam setiap keputusan yang kami ambil untuk membuka semula sekolah, keselamatan anak-anak kita sentiasa menjadi keutamaan.

“Namun begitu, kita ingin melihat anak-anak dapat kembali belajar secara bersemuka di sekolah dengan guru dan bermain dengan kawan-kawan mereka,” katanya.

Sebelum ini satu petisyen dalam talian telah dilancarkan bagi mendesak KPM menangguh pembukaan sekolah dan telah meraih lebih 75,000 tandatangan.

Ia sebagai bantahan terutama ibu bapa yang bimbang dengan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka memandangkan jumlah kes harian sehingga kini melebih 20,000 sehari. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan