29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Lebih 10 juta rakyat, 45.9 peratus dewasa terima dos kedua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Lebih 10 juta rakyat Malaysia telah menerima suntikan kedua dos vaksin COVID-19, sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam.

Daripada laporan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), ia membabitkan sejumlah 10,734,415 individu atau bersamaan 32.9 peratus jumlah populasi (45.9 peratus populasi dewasa). 

Manakala, seramai 17,076,440 individu atau bersamaan 52.3 peratus jumlah populasi (72.9 peratus populasi dewasa) menerima suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin sebanyak 27,810,855 dos. 

Data setiap Isnin adalah termasuk pelaporan manual seperti program-program outreach. 

Sehingga kini, Lembah Klang terus mencatatkan pertambahan pemberian vaksin tertinggi dan melebihi 100 peratus bagi dos pertama populasi dewasa dengan 105.2 peratus (77.0 peratus jumlah populasi) berdasarkan kepada jumlah kumulatif pemberian dos vaksin setakat semalam.

Ia membabitkan sejumlah 6,485,013 individu di Lembah Klang sudah menerima suntikan dos pertama. 

Advertisements

Sementara, sejumlah 4,110,776 individu menerima suntikan dos kedua atau bersamaan 66.7 peratus populasi dewasa (48.8 peratus jumlah populasi). 

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, semalam, sebanyak 415,875 dos jumlah pemberian dos vaksin harian diberikan kepada penerima. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 143, 671 adalah dos pertama manakala 272, 204 individu menerima suntikan dos kedua sekaligus melengkapkan vaksinasi mereka,” katanya. 

Selangor terus mencatatkan laporan harian pemberian vaksin tertinggi dengan sebanyak 22,060 bagi dos pertama, manakala sebanyak 71,724 bagi dos kedua. 

Diikuti, Johor dengan sebanyak 27,085 dos pertama manakala sebanyak 34,759 bagi dos kedua. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan